Monday, June 23, 2008

Jawapan pada teka teki yang mengelirukan.

Anda mesti pernah jumpa teka teki sperti di bawah.

Rama miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm47.
die bayar then die dapat baki rm3.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm1.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm1 skarang.
rm48+rm1= rm49

kenapa jumlah duit dia jadi rm49? Ke mana hilang rm1?

Untuk memberikan jawapan yang paling logik dan bernas sila bagi persamaan di bawah.
kes rama dari sudut matematik...
harga baju=jumlah pinjaman(kawan a+kawan b),
50=50
50=25+25
persamaan serentak selepas diskaun rm3,
50-3=(25+25)-3
47=(25+25)-3
selepas rama pulangkan duit pada kawannya rm1 seorang,
47=[(25-1)+(25-1)]-(3-2)
47=(24+24)-1
47=48-1 bukannya 48+1 !!!!!!
47=47

No comments: